Modul Bahasa Melayu Untuk Perisian E-Shop Zen-Cart

Tertarik dengan beberapa review perisian percuma untuk memulakan online-store , saya telah telah memilih untuk menggunakan Zen-cart bagi perisian stor online saya di My-LocalStore.com .

Pada pandangan saya , instalasi zen-cart adalah tidak terlalu sukar , tetapi untuk konfigurasi tertentu sehinggalah zen-cart boleh di guna pakai untuk tujuan produksi ‘online-stor’ memerlukan masa dan sedikit kemahiran programming.

Sebagai contoh , sebelum ini , saya biasa menggunakan perisian os-commerce untuk membuat ‘e-shop’ saya , tetapi disebabkan perisian ini sudah tidak di kemaskini selama 4 tahun , dan mempunyai beberapa isu sekuriti sehingga sekarang , saya telah pun memilih zen-cart . Walaubagaimana pun , os-commerce adalah agak senang dari segi proses intalasi dan konfigurasinya . ( dan juga pertambahan modul-modulnya )

More...

Permasalahan pertama yang saya hadapi adalah untuk mendapatkan modul bahasa melayu . Di sebabkan perancangan untuk membuat ‘e-shop’ dalam bahasa melayu , jadi saya terpaksa mencari modul bahasa melayu . Dukacita , kerana pada halaman modul zen-cart , modul bahasa terdekat adalah bahasa indonesia. Walaupun dari segi pemahaman dan lenggok antara bahasa indonesia dan melayu adalah hampir sama , tetapi ia tidak menepati kehendak saya .

Jadi saya telah meluangkan sedikit masa ( hampir seminggu ) untuk membuat interpretasi zen-cart ke dalam bahasa melayu . Walaupun modul ini tidaklah 100% lengkap , tetapi hampir 90% telah di alih bahasa dan sudah boleh di gunakan untuk tujuan produksi .

Saya akan meletakkannya pada laman zen-cart apabila ia telah lengkap sepenuhnya. Buat masa ini , kepada sesiapa yang ingin menggunakannya sebelum ianya menjadi ‘official’ malay module bagi perisian zen-cart ini, bolehlah memuatturun pada halaman ini .

Modul Bahasa Melayu Untuk Zen-Cart – malay_lang_v.0.8
(broken)

update : zen_cart_malay_16_10_08_v_09zip_dummy.pdf

panduan :

*Nota : fail ini adalah dalam dlam format zip tetapi telah di dummy sebagai pdf file. Download , convert kpd .zip file dan unzip file tersebut.

File ini adalah untuk modul bahasa melayu bagi laman catalog bukan untuk admin panel.

Unzip file ini , dan masukkan dalam folder_zencart_anda/includes/languages

Untuk ruangan admin   :  folder_zencart_anda/admin/includes/languages

anda akan dapati 1 folder english , dan 1 fail english.php . Copy (awas!copy bukan rename) kedua-dua fail tersebut dan rename folder english kepada malay dan english.php kepada malay.php

Kesimpulan , ruangan admin , masih dalam english.

Tambah menu bahasa melayu  pada ruangan admin > Localisation > Languages

Sekian.

roslan

* Untuk melihat stor zen-cart dalam bahasa melayu sila lawat laman ‘semi-official’ my-localstore.com di sini.

Sila bagi cadangan dan komen untuk versi bahasa melayu zen-cart ini.


  1. salam..

    sy x jmpa kt mana nk download link zen cart bahasa melayu.. boleh tlong sy hehe.. TQVM!

    sahrin , nanti sy baiki link .




Leave a comment