Currently Using :

Current Desktop Fav : Mint 8.04.
Lenovo Laptop Y400:Ubuntu 8.04-hardy , with kernel 2.6.24-19.

Popular/ Used Apps on laptop:

  • firefox 3.0 (what else?) / Liferea / Twitux / Gimp / gramps/ pidgin/ Evolution/clive
  • LAMP installed.
  • Unhappy 😦 – Metratrader is so slow under WINE  / Marketiva GStreamer cannot work directly or under WINE. ( for forex )

Server :P4 Intel with 1G DDRAM;Slackware 11.x ; kernel 2.6.x

  • Installed with LAMP:

Used Apps (Web Based) :

  • E-groupware 1.2 /SugarCRM/ATS(self-developed) / Int-works  ( Self-developed) / mini-account (self-developed)
twitux client

twitux client

twhirl client

twhirl client

Link berkaitan :

Twitter : http://www.twitter.com ( Microbloging , boleh di update melalui web , bebarapa 3rd party client dan juga sms)

Untuk SMS sila cek rate! 🙂

Local company seumpama twitter adalah pacmee. (pacmee.com) tetapi pacmee masih kekurangan aplikasi client .

twitux :  http://live.gnome.org/DanielMorales/Twitux

-lightweight twitter client apps.

-my favorite apps to upadte twitter for the moment

twhirl : http://www.twhirl.org/

-development base on adobe air.

-not so open source ppl said , since no source code revealed.

-multiplatform since blh gak install atas windows/mac/linux/unix

Data Recovery !

Membaca blog rakan mengenai job dan gambar beliau , saya terpanggil untuk menulis .

Ini juga mengenai gambar-gambar yang di dalam hardisk yang telah diisytiharkan hampir 80% ‘kong’ kerana bad block .
Harddisk tu memang telah di test beberapa bulan lepas , tapi langsung tak detect . So saya assume memang harddisk tu telah kong . Sedih jugak mengenangkan data-data dalam harddisk tu adalah seawal tahun 2001 . Banyak jugak data-data kerja , termasuklah gambar-gambar yang tak pernah di ‘cuci’.

Kelmarin , ada lah seorang member yang merangkap ‘technician dalam latihan’ mengambil beberapa harddisk yang di simpan untuk di buat checking . Sama ada harddisk-hardisk tersebut masih boleh di pakai , nyawa-nyawa ikan , atau ‘kong’ terus .

So , sekali dalam 2-3 hard-disk yang dia cek tu , ada 2 hd x 80G ide , satu tak detect terus , satu masuk linux separuh jalan .

“Eerrmm ? Masuk linux separuh jalan ?” . Memang tak der hd lain dah , kecuali hd yang saya telah buat server yang berkhidmat hampir 5 tahun tanpa format , walaupun telah di ketahui ada beberapa bad block di sekitarnya .

Saya cek . ” Wow ! nampaknye hd ni dah detect . Alhamdulliah.. ” . Biasalah dalam dunia perkakasan komputer ni , kita tak tahu bila hari dia nak down , bila hari dia nak ok . Memang kadang-kadang tak ada signal langsung ..

Jadi saya study sikit ,tengok ‘ lilo’ dia memang dah out , tak leh nak repair apa-apa dah . ( tidak dalam skill yang saya ada ..)

Kalau cuba detech dengan windows dengan membuat secondary slave pun memang tak dapat tgk apa-apa , since windows tak dpt tgk fail-fail dalam etx2 format . ( Kecuali install 3rd party software , untuk baca fail-fail dalam dlm ext2 format , tapi saya tak ada masa untuk itu .. )

Linux SRC to the rescue !! ( System Recovery Linux ) …

Continue Reading »

Pengenalan :

Apakah yang di maksudkan dengan Aplikasi Kumpulan ( Groupware Application )?

Terjemahan dari Wiki :

” Perisian / Aplikasi Berkumpulan adalah satu bentuk perisian yang di reka untuk membantu orang ramai terlibat dalam hal-hal berkaitan yang boleh membantu dalam mencapai matlamat-matlamat tertentu. Di antara sistem/aplikasi tersebut adalah email / text chat / wiki dan lain-lain yang dikumpulkan bersama .

Sistem ini menepati istilah Metcalfe’s law yang menyatakan ; lebih ramai orang menggunakan sesuatu , ianya akan menjadi lebih bernilai. ”

Beberapa contoh perisian kumpulan yang popular dan telah di gunapakai oleh banyak organisasi besar termasuklah Lotus Notes dari IBM dan Lotus , Microsoft Exchage dari Microsoft dan juga sistem-sistem sepadu dari SAP.

Walaubagaimanpun sistem-sistem tersebut agak mahal untuk di gunakan oleh sesebuah organisasi yang kecil atau sederhana . Kemunculan aplikasi dari sumber terbuka telah melahirkan beberapa aplikasi kumpulan yang boleh di muat turun dari internet . Di antaranya adalah phpgroupware , phpprojekt dan juga e-groupware .
Di samping itu , terdapat juga aplikasi kumpulan yang komersial dengan kos yang rendah . Kebiasannya mereka memberi pakej aplikasi berserta dengan sokongan-sokongan lain seperti customization dan sebagainya. Contohnya adalah webcube dari mitechsoft.

Dalam pencarian untuk menggunakan aplikasi kumpulan dalam organisasi saya , saya telah mencuba beberapa aplikasi percuma yang terdapat di internet. Namun setelah membuat penilaian dan pemilihan saya telah memilih aplikasi e-groupware kerana ciri-ciri yang jelas dan mudah untuk di fahami.

Di antara modul dan ciri-ciri menarik yang terdapat dalam aplikasi e-groupware adalah :

Continue Reading »

RoR : Ruby On Rails

Di perkenalkan oleh G (bersama0805) mengenai Ruby on Rails pada sesi borak-borak kedai kopi beberapa hari yang lepas .

Bahasa programming Ruby bukanlah satu language yang baru kepada yang biasa menggunakan open-source software , seperti juga QT, GTK , Tcl/TK , Motif dan lain-lain .

Tetapi, Rails adalah sesuatu yang baru bagi saya . Membuat sedikit googling , saya dapati rail adalah satu framework untuk pembikinan aplikasi web yang bersandarkan database dan dibangunkan dengan ‘bahasa’ Ruby .

Saya teruskan ke halaman , www.rubyonrails.org untuk mendapat beberapa idea , tetapi untuk level pengenalan , laman ‘screencasts‘ , hanya memaparkan beberapa movie yang perlu di muat turun; menerangkan kepantasan masa pembikinan beberapa aplikasi web . (Masih tidak bagus untuk pengenalan bagi saya ,kerana perlu di muat turun ).

Seterusnya ,

More...

saya teruskan dengan ‘mengoogle’kan diri ,dan mendapati beberapa laman lain yang menarik untuk episod pengenalan ruby-diatas-rails saya :

i) On Lamp : Roling with Ruby on Rails ( oleh Curt Hibbs; 01/20/2005) ! – dan beberapa sambungan dari artikel tersebut.

ii) Top 12 Ruby-On-Rails Tutorial , pada laman digitalmediamumite.

Tertarik dengan beberapa review perisian percuma untuk memulakan online-store , saya telah telah memilih untuk menggunakan Zen-cart bagi perisian stor online saya di My-LocalStore.com .

Pada pandangan saya , instalasi zen-cart adalah tidak terlalu sukar , tetapi untuk konfigurasi tertentu sehinggalah zen-cart boleh di guna pakai untuk tujuan produksi ‘online-stor’ memerlukan masa dan sedikit kemahiran programming.

Sebagai contoh , sebelum ini , saya biasa menggunakan perisian os-commerce untuk membuat ‘e-shop’ saya , tetapi disebabkan perisian ini sudah tidak di kemaskini selama 4 tahun , dan mempunyai beberapa isu sekuriti sehingga sekarang , saya telah pun memilih zen-cart . Walaubagaimana pun , os-commerce adalah agak senang dari segi proses intalasi dan konfigurasinya . ( dan juga pertambahan modul-modulnya )

More...

Permasalahan pertama yang saya hadapi adalah untuk mendapatkan modul bahasa melayu . Di sebabkan perancangan untuk membuat ‘e-shop’ dalam bahasa melayu , jadi saya terpaksa mencari modul bahasa melayu . Dukacita , kerana pada halaman modul zen-cart , modul bahasa terdekat adalah bahasa indonesia. Walaupun dari segi pemahaman dan lenggok antara bahasa indonesia dan melayu adalah hampir sama , tetapi ia tidak menepati kehendak saya .

Jadi saya telah meluangkan sedikit masa ( hampir seminggu ) untuk membuat interpretasi zen-cart ke dalam bahasa melayu . Walaupun modul ini tidaklah 100% lengkap , tetapi hampir 90% telah di alih bahasa dan sudah boleh di gunakan untuk tujuan produksi .

Saya akan meletakkannya pada laman zen-cart apabila ia telah lengkap sepenuhnya. Buat masa ini , kepada sesiapa yang ingin menggunakannya sebelum ianya menjadi ‘official’ malay module bagi perisian zen-cart ini, bolehlah memuatturun pada halaman ini .

Modul Bahasa Melayu Untuk Zen-Cart – malay_lang_v.0.8
(broken)

update : zen_cart_malay_16_10_08_v_09zip_dummy.pdf

Continue Reading »

« Previous Page